Some info on 1Malaysia

Today I had the chance to upload the gist of the speech by PM on 1Malaysia:

SATU MALAYSIA.

1. Setiap rakyat yang berkelayakan dan memerlukan bantuan sarta pertolongan akan kita bantu. Tidakada mana-mana pihak yang akan dicicirkan. Sesungguhnya lagi janganlah mana-mana pihak menganggap mereka adalah warganegara kelas kedua di Negara tercinta ini, kerana setiap anak Malaysia adalah potensi modal insane yang penting kepada negara, setiap mereka perlu dimanfaatkan sebaiknya.

2. Setiap warganegara mempunyai hak dantanggungjawab masing-masing sepertimana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kewarganegaraan bukan sahaja menggariskan hak tetapi juga menuntut tanggungjawab. Janganlah mana-mana pihak terlalu taksub terhadap tuntutan hak dan melupakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

3. Di bawah konsep Satu Malaysia kita perlu memastikan tiada rakyat Malaysia yang terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan. Bagikerajaan, meritokrasi bukan bermakna kesaksamaa yang membuta. Malah kesaksamaan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak. Dari itu, seorang anak yang datang dari keluarga miskin tidakl kira dari bandar atau luar bandar walaudari etnik manapun, tetapi ternyata mempunyai potensi sememangnya berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.

4. Maknanya, kita boleh menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan ”outcome” yang sama. Dalam kata lain, kerajaan tidak boleh memainkan peranan ibubapa, keluarga dan masyarakat setempat, kerajaan juga bukanlah galang yang boleh menggantikan kehendak, kemahuan, usaha serta iltizam seorang pelajar atau peniaga juga usahawan untuk berjaya. Apa yang kerajaanboleh buat seperti yang saya katakan tadi, adalah menyediakan garis permulaan yang adil. Pendek kata, antara prinsip-prinsip utama yang mendasari Satu Malaysia adalah kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) dlam satu keluarga besar.

MODENISASI SEKTOR AWAM

ANJAKAN PARADIGMA

1. Anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan
2. Beralih daripada budaya output kepada budaya outcome
3. Daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi yang memudahcara dan menyenangkan rakyat
4. Daripada produktiviti semata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi

YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB B. TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
28/4/2009; MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KESEPULUH (MAPPA X),
PICC PUTRAJAYA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s