Papan tanda

Kali ini saya akan cuba menulis dalam bahasa Melayu. Ini bukanlah bermakna English saya bagus atau BM saya begitu teruk, tapi cuba untuk membuktikan bahawa kita sepatutnya boleh menguasai pelbagai bahasa. Malangnya sebagai orang Melayu yang tinggal di Malaysia yang bahasa rasminya BM, jika kita tidak belajar bahasa lain kita akan hanya menguasai satu bahasa sahaja. Berbanding dengan kaum Cina atau India atau kaum lain yang bukan sahaja menguasai bahasa ibunda mereka, mereka juga boleh berbahasa Melayu kerana sistem pendidikan kita mewajibkan mereka belajar dalam bahasa Melayu.  Bagi mereka yang telah melalui sistem pendidikan di negara sejak tahun 70an, tiada sebab mereka tidak boleh memahami Bahasa Melayu. Oleh itu dari perspektif untuk memberi kefahaman, saya tidak dapat melihat apa perlunya papan tanda, nama jalan, iklan, label dan sebagainya perlu ditulis dalam bahasa selain Bahasa Melayu. Tapi jika tujuan penggunaan bahasa lain itu adalah untuk tujuan pengekalan budaya dan juga sebagai usaha untuk mengekalkan sesuatu bahasa itu supaya jangan pupus atau sebagai tanda tunjuk kuasa, saya akur. Mereka haruslah berterus terang tentang tujuan mereka, janganlah berselindung di sebalik alasan untuk pelancong, atau alasan-alasan lain.

4 thoughts on “Papan tanda

  1. Musuh negara. Tidak prihatin dengan bahasanya sendiri. Bahkan bahasa asing yang diperjuangkan, manakala keutamaan tidak pun menjadi alasan. Sengaja nak bagi negara dan rakyat berkecamuk lalu senanglah untuk menusuk jarum.

  2. Isu sebenar bukan soal papan tanda. Bukan juga soal bahasa yang pelbagai. Dan juga bukan soal iklan atau label. Tetapi inilah sikap kita. Mengapa kita sering bersikap negatif apabila ada pihak yang berusaha memertabatkan sesuatu perkara yang jelas untuk kemajuan bahasa, budaya atau nilai murni yang sedia ada.

    Bahkan negatif itu makin meluap-luap apabila usaha itu dibuat oleh pesaing yang dianggap dalam bidang yang sama2 kita ceburi.

    Inilah sikap kita. Kita jarang jujur dengan ilmu yang Allah anugerah kepada kita. Kesalahan papan tanda yang pelbagai bahasa seolah-olah satu dosa yang tidak dapat diampun bila mana ianya datang dari idea pihak yang tidak senada dengan kita. Sebaliknya, jika idea itu datang dari puak kita, seboleh-bolehnya kita puji sekalipun banyak buruk dan keji yang dihasilkan.

    Contoh soal matematik dan sains yang diajar bukan dari bahasa ibunda, kita hanya pekak dan butakan mata. Biarlah bertentangan dengan perlembagaan negara sekalipun asal ianya datang dari puak kita, pejamkan saja mata walaupun satu mata.

    Soalnya, sampai bila? Sampai bila budaya assabiyyah jahiliah ini harus menjajah pemikiran kita? Semakin maju pendidikan kita, semakin kebelakang tindakan kita. Semakin canggih teknologi kita, semakin primitif pendekatan kita.

    Belajarlah untuk berlaku adil terhadap ilmu yang Allah amanahkan kepada kita. Ulas dan kongsilah buah fikiran yang mampu merapatkan jurang perbezaan dan carilah titik persamaan di antara kita. Esok lusa barangkali yang kita anggap musuh itulah yang membantu kita.

    Setidak-tidaknya ingatla, sesungguhnya kita juga tetap akan bertangungjawab di atas segala perbuatan yang telah kita lakukan.

  3. “Bagi mereka yang telah melalui sistem pendidikan di negara sejak tahun 70an, tiada sebab mereka tidak boleh memahami Bahasa Melayu. Oleh itu dari perspektif untuk memberi kefahaman, saya tidak dapat melihat apa perlunya papan tanda, nama jalan, iklan, label dan sebagainya perlu ditulis dalam bahasa selain Bahasa Melayu.”

    Kalau begitu mengapa di Pusat Pentadbiran kerajaan di Putrajaya menggunakan label PERCINT, PARCEL, PICC serta pelbagai lagi bahasa asing. Kenapa tak guna Bahasa Melayu??? Bukankah kerajaan septutnya bertanggungjawab memertabatkan Bahasa Kebangsaan!

  4. Baiklah, jika salah papan tanda dek guna tulisan pelbagai aku terima. Kita wajib mendaulatkan bahasa kebangsaan. Kuasa yang kita ada hendaklah digunakan untuk memastikan bahasa ibunda kita dipelihara.

    Persoalannya, setelah 50 tahun kuasa ada pada orang melayu apakah bahsa ibunda kita telah dipeliharan dengan baik?

    Di manakh tulisan jawi?
    Apa terjadi dengan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar?
    Berapa kali Bahasa Melayu ditukar kepada Baha Malaysia kemudian bertukar dan bertukar?
    Kenapa nama parti Melayu disebut dan ditulis dalam bahasa Inggeris?
    Kenapa pemimpin nombor satu parti melayu berkahwin dengan bangsa asing? Di mana jiwa kebangaan terhadap melayu?

    Kesimpulannya, “Mereka haruslah berterus terang tentang tujuan mereka, janganlah berselindung di sebalik alasan untuk pelancong, atau alasan-alasan lain.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s