Anjing dan babi

Dalam blog Saifulislam.com baru-baru ini saya terbaca satu perbincangan berkaitan email yang disertakan foto budak melayu bertudung berposing dengan anak babi yang dipegangnya dengan begitu manja sekali. Andaian yang dibuat ialah budak perempuan itu adalah pelajar veterinar yang sedang buat praktikal. Saya beberapa kali berbincang tentang hal ini bersama kawan-kawan, tidaklah hal babi tetapi anjing. Saya sering tertanya-tanya tentang apa sebenarnya status anjing dalam Islam? Dalam semakan yang saya cuba buat, ada beberapa hadis yang menceritakan perihal anjing. Tapi saya tak dapat pastikan status hadis-hadis itu. Kita tahu bahawa anjing itu najis berat, jika terkena dalam keadaaan basah perlu disamak. Semua orang tahu proses itu. kita juga tahu anjing haram dimakan. Tapi disebabkan status najisnya itu, kita juga terkeliru hingga menghukum bahawa anjing juga haram dipegang atau disentuh, hinggakan kita sering mengusir anjing yang ada berdekatan kita. Tapi saya juga terbaca bahawa dalam sejarah Islam anjing digunakan dalam perburuan dan binatang buruan yang digigit oleh anjing itu, halal di makan jika kita sembelih mengikut proses yang betul. Kalau tak silap saya anjing juga terlibat dalam cerita Ashabulkahfi itu. Jika anjing begitu jijik, ia juga makhluk Allah, bukannya buatan manusia seperti arak, judi, dan tenung nasib. Tentu ada kebaikannya kepada manusia. Adakah masyarakat kita terlalu menjijikkan anjing hingga melampaui tahap sepatutnya? Saya terfikir jika orang Islam berada di kutub, yang banyak bergantung kepada anjing untuk bergerak ke sana sini, bagaimanalah agaknya. Begitu juga orang buta yang bergantung kepada anjing untuk bergerak ke sana sini. Adakah persepsi menjijikkan anjing sebegitu rupa adalah sebahagian daripada kempen senyap untuk memberikan gambaran bahawa Islam ini agama yang tidak menghargai makhluk Allah? Saya bukan nak membela anjing, tapi kurang jelas tentang status sebenarnya pada pandangan global Islam. Isu vet yang dgn bergelumang dgn anjing dan babi sepanjang tugasnya itu boleh dibaca dalam blog Saifulislam.com itu. Kesimpulan Ustaz Hasrizal ialah walaupun bekerja dgn anjing dan babi itu tiada halangan secara spesifik dalam Islam, sensitiviti umat Melayu kita perlu juga dijaga dan menghormati binatang itu perlu berpada. Wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s